HomeHarga Iklan Home Hantar Artikel Forums Akaun Anda TV Online Masuk/Login @ sebagai ahli baru

Modules
· Home
· AvantGo
· coppermine
· Downloads
· FAQ
· Feedback
· Flash_Player
· Forums
· Journal
· PHP-Nuke_Tools
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout_Box
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Video_Stream
· Web Links
· Your Account
Advertising/Iklan

Produk Untuk Suami

Untuk Suami Isteri Yang Bahagia

Ubat Untuk Keluarga Bahagia

Rawatan Dadah Secara Islam

PRODUK ANUGERAH Hasil Keajaiban Al-Quran

PRODUK UNTUK SUAMI ISTERI

PRODUK SUAMI ISTERI TERMURAH

PRODUK SUAMI ISTERI TERMURAH

Produk Suami Isteri


DAPATKAN IKLAN BERPATUTAN DENGAN KAMI -- KLIK DI SINI
Ikut Saya Di Twitter
Artikel Terkini
 ADUN Maharani ke Mesir
 Kesal kereta disabotaj
 Berkasih Sayang Kerana Allah...
 Apa pula kata Norhayati Bachok
 Sebab-Sebab Kekalahan PAS kedah ?
 Apa pula kata Anis Pengerang
 Apa kata Cikgu Mala
 Madah untuk Cikgu
 Kekal Adun Subang Jaya, Hannah Komited Selesai Kesesakan Lalu Lintas
 Azizan beri nombor telefon kepada doktor
 Lebih 30,000 berduyun hadiri perhimpunan 505 di JB
 PANAS!! Idris Jala dedahkan sumber dana bagi merealisasikan Manifesto Barisan Nasional..
 Sanggup bagi sokongan dengan apa cara sekalipun
 Berkat tunjuk ajar Guru, PAS diterima
 Dahsyatnya Puasa Senin Kamis
 Penerangan akan turun ke kg2
 Makanan kegemaran NABI SAW
 PAS Pontian lahirkan petugas PACA Cina
 kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan UMNO tahun ini.
 Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yg sedang bersabung nyawa bagaikan mainan.
 Pua: Low mesti jadi 'polis jahat' dalam k'jaan Najib

[ More in News Section ]
Shout Box
Shout History   
 
Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: Mujahidah
New Today: 0
New Yesterday: 0
Overall: 2660

People Online:
Visitors: 233
Members: 0
Total: 233
Langgan Percuma Di FB Anda

Links Sahabat SOL
PR Sembrong Bangkit
Penyelia DUN Bkt Baru
Rozmal Malakan
  Indahnya Bahasa
  Rembau Hari Ini
  Jasin Daily
  Johor Born
  Manjadda Wajada
  Pas Kulai
  Legendz
  Pemuda Bukit Katil
  ADUN Paroi
  ADUN Maharani
  ADUN Sg Abong
  Agenda Perjuangan
  Mutaligat
  Zirbad Seni
  Warta Utara
  Aduan Nusajaya
  TKO
  Nusajayakini
  PAS Kulai
  Mtd-Benut
  Detikdaily
  Open Minda
  Ibn_Bacoks
  PAS Melaka
Kesukaan Pembaca Pada Hari Ini
Today's most read Story is:

Kesal kereta disabotaj
Selatan Online: Forums

http://www.selatanonline.net :: View topic - berita bolasepak harimau malaysia (2)
 Forum FAQForum FAQ   SearchSearch   UsergroupsUsergroups   ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

berita bolasepak harimau malaysia (2)
Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next
 
Post new topic   Reply to topic    http://www.selatanonline.net Forum Index -> Sukan, Hobi & Kelab Selatanonline
View previous topic :: View next topic  
Author Message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Tue May 22, 2012 8:25 pm    Post subject: berita bolasepak harimau malaysia (2) Reply with quote

Nazmi sertai SC Beira Mar


Oleh FERZALFIE FAUZI
[email protected]


KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai nasib Mohd. Nazmi Faiz akhirnya terjawab apabila pemain muda sensasi negara itu berjaya mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi dalam akaun laman Twitternya berkata seperti sukar mempercayai peluang yang diraih itu dan rasa bersyukur dengan kejayaan berkenaan.

‘‘Sukar untuk perjelaskan perasaan saya, ini adalah peluang besar dalam karier saya.

‘‘Bermain di Eropah adalah impian terbesar saya dan saya ucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat selama ini," katanya.

Nazmi sebelum ini telah meraih perhatian pihak ejen dari Singapura, Marco Guimaeres dan telah menawarkan tempat untuk menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.

Nazmi memulakan latihan pertamanya bersama kelab yang terkenal dengan gelaran emas dan hitam itu, Khamis lalu bersama beberapa lagi pemain dari negara lain bagi mencari tempat beraksi di Portugal.

“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali, walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia mampu berlari di atas padang dalam tempoh yang lama, dia mempunyai stamina yang tinggi.

“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda, dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1," ujarnya.

Pemain yang berusia 17 tahun dan beraksi di posisi tengah itu mula menunjukkan kehebatannya ketika beraksi bersama skuad bawah 23 tahun negara dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London.

Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.

Nazmi kini menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal dan berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.

Arrow utusan


Last edited by kongkiak on Wed May 23, 2012 10:45 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Wed May 23, 2012 10:44 pm    Post subject: Reply with quote

Impian jadi kenyataan - Nazmi

Oleh FERZALFIE FAUZI
[email protected]


KUALA LUMPUR - Nazmi Faiz Mansor mengakui beraksi di pentas Eropah adalah impian sejak kecil.

Katanya, sekarang ini dia begitu bersemangat untuk membuktikan kehebatannya selepas mengikat kontrak tiga tahun bersama pasukan Liga Divisyen Satu Portugal, SC Biera-Mar.

Awal pagi semalam Nazmi disahkan oleh kelabnya telah menandatangani kontrak bersama pasukan Gold and Blacks itu sehingga Jun 2015 selepas menjalani pemilihan selama seminggu mulai 13 hingga 20 Mei lalu.

Menurut pemain berusia 17 tahun itu, kegembiraan dapat beraksi bersama pasukan Biera-Mar akan menjadi medium bagi meningkatkan lagi motivasinya di sana.

"Saya amat menyukai keadaan di sini sejak kali pertama menjejakkan kaki di Aveiro dan saya merasakan tempat ini adalah lokasi terbaik untuk saya meningkatkan lagi tahap permainan," katanya dalam laman web rasmi kelab tersebut, semalam.

Pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu menjadi pemain Malaysia pertama beraksi di Portugal.

Pemilihannya untuk menjalani ujian di kelab tersebut adalah berdasarkan merit apabila berjaya meraih perhatian pihak ejen dari Singapura, Marco Guimaeres.

Sementara itu, jurulatih Beira-Mar, Ulisses Morais menyifatkan pemain yang beraksi di posisi tengah itu adalah seorang pemain daripada benua Asia yang mampu menyinar.

"Sukar untuk saya menggambarkan apa yang saya rasai sekarang. Saya diterima dengan baik di sini oleh semua orang, tetapi saya amat menghargai apa yang diajar oleh jurulatih, Morais dan juga ketua pasukan, Hugo.

"Saya akan melakukan apa sahaja di sini kerana menganggap ia adalah peluang terbaik untuk saya menjadi seorang pemain yang lebih bagus dan yang paling penting adalah memberikan kebanggaan buat negara," katanya.

Nazmi adalah di antara beberapa pemain baru yang berjaya dibariskan dalam skuad Beira-Mar menjelang musim 2012/13 Liga Divisyen Satu Portugal.

Arrow utusan
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Thu May 24, 2012 11:58 pm    Post subject: Reply with quote

Nazmi perlu fokus skuad belia - Kim Swee


KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad belia negara, Ong Kim Swee menasihatkan Mohd. Nazmi Faiz Mansor tidak terlalu dibuai mimpi indah selepas terpilih menyertai kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar.

Sebaliknya, jurulatih Harimau Muda itu menasihati Nazmi agar meletakkan fokus menghadapi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Myanmar, bulan depan.

Katanya, perlawanan kelayakan tersebut adalah antara perlawanan penting buat skuad bimbingannya dan Nazmi perlu melupakan seketika kegembiraannya untuk mencipta kejayaan bersama skuad bawah 20 tahun negara.

"Saya juga gembira dengan berita tersebut dan Nazmi akan bersama kita untuk menjalani latihan persediaan selain menghadapi beberapa perlawanan persahabatan.

"Dia (Nazmi) telah membuktikan kesungguhannya untuk terpilih bersama kelab itu malah ini juga satu kebanggaan buat dirinya dan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Kim Swee berharap lebih ramai pemain muda dapat mengikut jejak Nazmi bermain dalam kelab di Eropah pada masa akan datang.

"Ini juga sekali gus telah membuka satu era baru dalam sukan bola sepak negara apabila ada pemain muda berusia 17 tahun berjaya bermain di Eropah.

"Saya tahu Nazmi mampu menyesuaikan diri di sana nanti dan saya juga percaya terhadap agen pemain itu yang telah banyak menguruskan pemain-pemain profesional," kata Kim Swee.

Arrow utusan
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Fri May 25, 2012 4:23 pm    Post subject: Reply with quote

Benteng rapuh


KEBIMBANGAN jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Ong Kim Swee mengenai kepincangan bahagian pertahanan tengah terserlah apabila pasukannya tewas 0-5 di tangan kelab liga utama Hungary, Ferencvarosi TC dalam aksi persahabatan di Budapest, kelmarin.

Ketiadaan tonggak utama, Mohd Fadhli Shas yang mempunyai komitmen bersama skuad kebangsaan dan Mohd Amer Saidin yang masih belum pulih daripada kecederaan belakang jelas memberi kesan kepada pertahanan negara.


Kim Swee yang mempertaruhkan gandingan pemain Harimau Muda B, Shahrul Saad dan Syazwan Tajuddin nyata tidak mampu menahan asakan skuad juara 28 kali liga itu dalam perlawanan pertama siri jelajah Eropah di Stadium Albert Florian.

“Kekalahan ini memberikan gambaran mengenai kelemahan yang kami hadapi apabila ketiadaan Fadhli dan Amer.


“Saya tidak mempunyai banyak pilihan pemain berusia bawah 22 tahun bagi posisi ini, jadi saya akan menilai prestasi pemain sedia ada dan jika tidak ada peningkatan dalam perlawanan selepas ini, saya akan membuat keputusan drastik apabila balik ke Kuala Lumpur nanti,” katanya.


Selain Shahrul dan Syazwan, Kim Swee turut menggunakan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris pada penghujung babak kedua.


Skuad muda negara yang turun pada aksi pertama pada perlawanan persiapan bagi menghadapi kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar bulan depan dibolosi gol sendiri Syazwan minit ke-23 dan Aleksandar Jovanovic (m-39).


Biarpun cuba mencipta peluang menerusi gerakan diatur kapten Irfan Fazail dan pemain baru kelab Portugal SC Biera-Mar, Muhammad Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah namun beberapa percubaan termasuk rembatan penyerang Ahmad Hazwan Bakri berjaya diselamatkan.


Ferencvarosi yang menukar hampir kesemua pemain pada babak kedua termasuk membawa masuk pemain lagenda Hungary, Krisztian Lisztes, 35, yang masih aktif bersama kelab itu.


Ternyata kehebatan pasukan tuan rumah gagal dikekang apabila kubu negara ditembusi menerusi gol Lorant Olah (m-46 dan 6Cool serta sepakan penalti Nyilasi Balint (m-86).


Bagi Kim Swee, beliau menuntut anak buahnya bangkit pada dua lagi perlawanan di Budapest iaitu menentang pasukan pilihan Brazil esok dan Honved Budapest Selasa depan.


Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Fri May 25, 2012 4:25 pm    Post subject: Reply with quote

Presiden FAM gembira kejayaan Nazmi


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa gembira dengan kejayaan pemain muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor mendapat kontrak beraksi dengan kelab Liga Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar.

Namun dalam masa sama, baginda mengingatkan pemain berusia 18 tahun itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi kesilapan pemain yang berhijrah ke luar negara sebelum ini.


“Saya mengucapkan tahniah kepadanya, dia masih muda dan baru berusia 18 tahun. Dulu sudah ada pemain yang pergi bermain di luar negara tapi ada masalah ‘homesick’ dan macam-macam lagi.

“Bagi saya, penerimaan Nazmi dengan kelab di Portugal satu penghormatan buat FAM dan bola sepak Malaysia,” katanya. sebagai mengulas kejayaan Nazmi mendapat kontrak selama tiga tahun selepas menjalani ujian percubaan dengan Beira-Mar minggu lalu.


Sultan Ahmad Shah yang hadir menyaksikan perlawanan skuad bawah 22 tahun negara menentang kelab Hungary, Ferencvaros TC di Stadium Albert Flarion, Budapest, kelmarin sempat meluangkan masa bertemu pemain dan jurulatih, Ong Kim Swee di bilik persalinan.


Perlawanan persahabatan bagi persediaan skuad negara ke kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar bulan depan itu menyaksikan skuad negara tewas 0-5 di tangan juara liga 28 kali, Ferencvaros.

Baginda berada di Budapest bagi menerima anugerah tertinggi badan induk bola sepak antarabangsa, Fifa Order of Merit dari Presiden Sepp Blatter sempena Kongres Fifa semalam atas sumbangannya dalam dunia bola sepak.


Sultan Ahmad Shah berharap agar lebih ramai pemain berani untuk merebut peluang menimba pengalaman di luar negara.


“Apa yang saya difahamkan bayaran yang diterima Nazmi sangat memuaskan. Dia kena berusahalah, belajar cara permainan di Portugal,” katanya.

Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Fri May 25, 2012 4:27 pm    Post subject: Reply with quote

Tiga lagi pemain jalani ujian


SELEPAS Muhamad Nazmi Faiz Mansor bakal berhijrah ke kelab SC Beira-Mar, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee membayangkan beberapa lagi pemain akan meninggalkan pasukannya selepas ini.

Katanya, tiga lagi pemain akan menjalani ujian percubaan selepas tamat kempen kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22 Tahun di Myanmar Jun ini dengan salah seorang daripadanya akan mencuba nasib dengan kelab Portugal.


“Tiga pemain akan menjalani ujian percubaan selepas tamat kempen kelayakan ini. “Seorang daripadanya akan mengikut Nazmi ke Portugal,” katanya yang enggan mendedahkan pemain dan kelab dimaksudkan itu.

Sebelum ini, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor dilapor akan menjalani ujian percubaan dengan kelab Divisyen Dua Jepun, FC Ryukyu sebelum Nazmi berjaya memikat Beira-Mar minggu lalu.


Pemain Harimau Muda A juga pernah mendapat perhatian kelab Slovakia, Vion Zlate Moravce apabila Irfan Fazail, Wan Zack Haikal dan Mohd Fadhli Shas dipinjamkan selama tiga bulan tahun lalu.


Kim Swee yang membuat keputusan berani membawa Nazmi dari skuad Harimau Muda bersama skuad juara Sukan Sea Indonesia tahun lalu menganggap kejayaan anak buahnya itu atas usaha semua pihak.

Beliau juga tidak kisah jika akan kehilangan lima atau enam lagi pemain jika mereka mendapat tawaran beraksi di luar negara.


“Saya tidak akan halang jika ada lima atau enam lagi pemain utama keluar kerana mendapat tawaran dengan kelab luar kerana saya boleh memberi peluang kepada pemain lain untuk bersama Harimau Muda A.


“Tapi bila saya tidak ada pemain-pemain utama ini, semua pihak perlu realistik, jangan pula letakkan harapan tinggi untuk kami menjuarai Liga Singapura,” katanya.


Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Mon May 28, 2012 11:44 am    Post subject: Reply with quote

‘Jangan lupa diri’


Daripada Aziman Rosdi di Budapest, Hungary
[email protected]


PEMAIN muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor sedar dia tidak boleh cepat lupa diri dan terpengaruh dengan gaya hidup pemain bola sepak Portugal yang boleh menghancurkan kariernya lebih awal.

Nazmi berkata, Marco Guimaeres yang bertindak sebagai ejennya sudah mengingatkannya dengan cabaran yang bakal dihadapi apabila bersama kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar Julai ini.


“Marco (Guimaeres) memaklumkan kepada saya, Portugal memiliki ramai pemain muda yang bagus tapi mereka cepat lupa diri, sebab itu prestasi mereka cepat merosot.

“Jadi dia mengingatkan saya supaya tidak terikut-ikut dengan contoh tidak baik itu,” katanya ketika ditemui di Budapest, Hungary.


Nazmi kini mengikuti latihan dan perlawanan persahabatan bersama skuad bawah 22 tahun negara kendalian jurulatih Ong Kim Swee sejak Selasa lalu di Budapest.


Pemain berusia 17 tahun itu mendapat perhatian apabila berjaya mengikat kontrak dengan Beira-Mar selepas menjalani ujian percubaan selama seminggu dengan kelab itu baru-baru ini.


Sementara itu, Guimaeres memberi jaminan akan sentiasa mengikuti perkembangan Nazmi di Aveiro, Portugal biarpun beliau kini tinggal di Singapura.


“Segelintir pemain muda di Portugal bila sudah berjaya mula mempunyai masalah disiplin. “Mereka akan membuat masalah di luar padang. Tapi saya mengenali Nazmi seorang yang merendah diri namun saya akan sentiasa mengikuti perkembangannya.


“Sebagai ejen saya berhak untuk menegurnya jika prestasinya merosot tapi saya tidak boleh campur tangan soal latihan dan pemilihannya dalam skuad oleh kelab itu,” katanya.


Dalam pada itu, Kim Swee memaklumkan akan mengikuti Nazmi ke Portugal awal Julai depan selepas selesai Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 bawah 22 tahun di Myanmar.


“Saya bercadang untuk pergi ke sana selama seminggu untuk membantu Nazmi dalam masa yang sama menjalin hubungan dengan pihak pengurusan kelab itu.


“Saya akan meminta pihak kedutaan Malaysia di Portugal membantu Nazmi selain bercadang untuk mencari keluarga angkat untuknya,” jelasnya.

Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Tue May 29, 2012 9:14 pm    Post subject: Reply with quote

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?


NORASHIKIN LEMAN
29 Mei 2012


JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

Arrow sinar harian
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Thu May 31, 2012 10:52 pm    Post subject: Reply with quote

Serangan masih kurang berbisa



PETALING JAYA - Sekadar menang 2-1 ke atas Felda United bukanlah keputusan yang mewajarkan status sebuah pasukan senior kebangsaan tetapi Datuk K. Rajagobal tetap memandang positif hasil perlawanan persahabatan pemanas badan itu.

Di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, mata dan minda ketua jurulatih negara itu lebih berkisar kepada tahap hantaran, persefahaman dan pergerakan anak buahnya yang cuma menang dengan jaringan Shahurain Abu Samah dan Amar Rohidan.

Aksi itu juga lebih berupa eksperimen Rajagobal dalam menilai kemampuan jentera serangan pilihan kedua apabila cuma menurunkan bintang utama Harimau Malaya seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Ashari Samsudin dalam 20 minit terakhir.

Hanya penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan sayap kanan Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor tidak diturunkan menjelang empat hari persahabatan menentang Filipina masing-masing atas alasan tersendiri jurulatih itu dan kecederaan urat pelipat lutut.

Sepanjang sebahagian besar separuh masa pertama, Rajagobal mengutamakan gandingan Azamuddin Akil dan Ahmad Shakir Md. Ali yang kurang berbisa sementara benteng tengah menampilkan pasangan pemain Angkatan Tentera, Aidil Zafuan Radzak dan Amiridzwan Taj Tajudin.

Felda United mendapat gol sagu hati hasil sepakan bebas Abdul Ghani Abdul Rahman pada babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan Safee terpaksa dikeluarkan beberapa minit sebelum tamat selepas dikhuatiri tercedera akibat terjahan lawan di luar kotak penalti.

Kata Rajagobal: "Dalam perlawanan ini, saya mengutamakan pemain yang jarang bermain sebelum ini bagi menilai tahap kecergasan, hantaran dan kombinasi mereka serta rentak perlawanan. Mereka tampak positif dari aspek itu.

"Apek (Khairul Fahmi), Mat Yo (Norshahrul) dan Ashari baru sahaja masuk kem latihan (selepas sibuk dengan Piala AFC) sementara saya tidak boleh menurunkan Wan Zack Haikal kerana kecederaannya boleh mengambil masa lebih panjang dan berisiko tinggi," katanya.

Harimau Malaya akan menghadapi Filipina di Stadium Shah Alam, Jumaat ini sebelum ke Singapura, 8 Jun dan menanti kunjungan lawan empat hari kemudian sebagai persahabatan persediaan untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF, November ini.

Arrow utusan
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Wed Jun 06, 2012 11:03 pm    Post subject: Reply with quote

Apek rebut slot


Oleh Aziman Rosdi
[email protected]


POSISI penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat mula tergugat apabila dia kini terpaksa bersaing merebut tempat bersama Mohd Farizal Marlias dan Mohd Sharbinee Allawee.

Ini terbukti apabila ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyenaraikan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal ketika Malaysia seri tanpa jaringan menentang Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa Jumaat lalu.


Namun Khairul Fahmi yang menerima pujian memiliki sepasang ‘tangan emas’ ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan Sea Indonesia tahun lalu tidak terkilan dengan keputusan pengendali negara itu sebaliknya bersedia bersaing untuk merebut posisinya bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura Jumaat ini.

“Memang saingan untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan memang sengit. Apa saja keputusan bergantung kepada jurulatih kerana ia untuk kebaikan pasukan. Apa yang pasti semua pemain sudah bersedia tidak kira siapa yang akan bermain atau pun tidak,” katanya.


Khairul Fahmi yang mewakili skuad Liga Super Kelantan tidak beraksi ketika Malaysia tewas 3-5 di tangan Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.


Namun dia yang turut dikenali dengan panggilan Apek cukup mengetahui kekuatan pasukan jiran itu apabila beraksi di Stadium Jalan Besar berdasarkan pengalaman menentang Lions XII dalam Liga Super.

“Pasukan Singapura ini bermain dengan tersusun dan mereka juga memiliki disiplin yang tinggi,” katanya yang yakin rekod tanpa kalah Singapura dalam tiga pertemuan di tempat sendiri sejak 2006 akan lebur kali ini.


Dalam pada itu, Rajagobal mengakui beliau ‘pening kepala’ memikirkan siapakah pemain yang bakal menjaga gawang negara dalam perlawanan itu nanti.

“Farizal bermain dengan baik ketika menentang Filipina tapi saya juga memiliki Khairul Fahmi dan juga Sharbinee. Saya mempunyai keyakinan terhadap ketiga-tiga penjaga gol ini,” katanya.

Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Wed Jun 06, 2012 11:05 pm    Post subject: Reply with quote

‘Saingan sengit’


Oleh Aziman Rosdi
[email protected]


BIARPUN sekadar aksi persahabatan, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap menjangkakan pertembungan sengit antara Harimau Malaya dan Singapura apabila elemen maruah menjadi pertaruhan antara kedua-dua musuh tradisi itu.

Kenyataan pengendali kebangsaan itu didorong berpandukan kepada rekod lalu yang dilihat mampu menyuntik semangat juang anak buahnya apabila bertandang di Stadium Jalan Besar Jumaat ini.


“Setiap individu, pasukan dan rakyat kena ada (maruah), perkara ini biasa apabila kita menentang pasukan seperti Singapura dan Indonesia. Saya fikir perlawanan dengan Singapura sengit jika kita mengikut kepada sejarah pertemuan kedua-dua pasukan.

“Pasukan Singapura mempunyai sedikit kelebihan, 18 pemain mereka bermain bersama dalam skuad Lions XII, tapi saya tidak mahu itu dijadikan alasan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


Tampak menambah lagi bahang pertemuan kedua-dua negara jiran ini pastinya apabila ia menjadi perlawanan pertama selepas Malaysia kecundang 3-5 di tangan skuad Singa kendalian Radojko Avramovic itu di gelanggang yang sama pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu.


Justeru Rajagobal mahu anak buahnya turun beraksi dengan mentaliti menang sekali gus melupakan keputusan seri 0-0 dengan Filipina pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam Jumaat lalu.

“Saya mahu pemain fokus dalam permainan dengan mentaliti mahu menang. Sebagai jurulatih saya puas hati dengan aksi selama 90 minit pemain ketika menentang Filipina tapi perlawanan dengan Filipina sudah habis, biarlah kita fokus kepada Singapura,” katanya.


Ketika diminta mengulas mengenai pengajaran yang diperoleh pemain pada pusingan kelayakan Piala Dunia itu, Rajagobal berkata, senario perlawanan kali ini berbeza.

“Ia senario berbeza, mungkin ketika itu kita terlalu mahukan sesuatu dan pemain-pemain tertekan beraksi pada kelayakan Piala Dunia. Apa yang penting kita mengambil pendekatan positif bagi menghadapi perlawanan seterusnya.


Skuad kebangsaan berlepas ke Singapura hari ini dengan pemain sayap Wan Zack Haikal Wan Noor tidak dapat beraksi akibat kecederaan hamstring manakala Mohd Ashaari Samsudin masih belum pulih daripada kecederaan buku lali.

Arrow harian metro
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Fri Jun 08, 2012 3:19 pm    Post subject: Reply with quote

Jangan peduli kritikan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
[email protected]


PETALING JAYA - Jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal mahu skuad Harimau Malaya memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan menentang Singapura, Jumaat ini dan melupakan keputusan seri 0-0 dengan Filipina, minggu lalu.

Biarpun banyak pihak tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau yang tetap memuji prestasi anak buahnya di Shah Alam, sambil menuntut mereka kembali fokus dengan fikiran dan keinginan untuk menang di Stadium Jalan Besar, Singapura pula.

Katanya sebelum sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, dalam proses membina pasukan menjelang Piala Suzuki AFF, November depan, inilah antara keputusan yang akan kita alami. Perlawanan dengan Filipina sudah berakhir dan kini masanya kita tumpukan Singapura.

"Perlawanan dengan pasukan negara jiran seperti Singapura mahupun Indonesia memang sentiasa sengit tetapi ia pasti berbeza ketika kelayakan Piala Dunia, tahun lalu (kalah 5-3 di Stadium Jalan Besar)," kata Rajagobal.

Katanya, penyerang utama negara, Safee Sali pula hanya akan menyertai pasukan sebaik tiba di Singapura, hari ini,kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan dengan kelab Pelita Jaya Indonesia.

"Safee memang kecewa dan marahkan dirinya dengan kegagalan menyudahkan peluang jaringan menentang Filipina lalu.

"Dia hanya perlu kembali gagah dan bangkit bagi perlawanan akan datang," katanya.

Penyerang muda Terengganu, Ashari Samsudin pula berpeluang untuk kembali dalam kesebelasan utama walaupun masih belum pulih sepenuhnya dan terlepas peluang menentang Filipina.

Arrow utusan
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Sat Jun 09, 2012 10:08 pm    Post subject: Reply with quote

Kempunan menang


Oleh Aziman Rosdi
[email protected]

KETIKA kemenangan sudah di depan mata, skuad kebangsaan terpaksa menelan kekecewaan apabila mencatat keputusan seri 2-2 selepas Singapura mencipta kebangkitan di saat akhir dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Selepas mendahului 2-0 menerusi jaringan Mohd Azamuddin Akil dan Mohd Safiq Rahim, kesungguhan pemain Singapura yang dibantu keputusan kontroversi pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam membolehkan pasukan tuan rumah mengikat kedudukan dengan jaringan Shahdan Sulaiman dan Qiu Li.


Ini pertembungan pertama kedua-dua musuh tradisi ini selepas pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu yang menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal dikecewakan 3-5 sebelum seri 1-1 pada perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur.

Harimau Malaya turun dengan kesebelasan utama yang hampir sama ketika seri 0-0 menentang Filipina, Jumaat lalu melainkan menggantikan Mohd Farizal Marlias dengan Khairul Fahmi Che Mat di posisi gawang.


Singapura yang dibimbing jurulatih Serbia, Radojko Avramovic pula seperti diduga menggunakan 11 pemain LionsXII dalam skuad utama yang beraksi dalam Liga Super.


Ketangkasan Khairul Fahmi awal lagi diuji menerusi tandukan, Agu Casmir yang mendapat hantaran Saiful Esah di sebelah kiri pada minit ketiga.

Ketika skuad negara tampak bergelut dalam aksi di atas padang tiruan, penyerang Mohd Safee Sali bijak menggelecek kapten pasukan tuan rumah, Baihakki Khaizan namun rembatannya berjaya dibaca penjaga gol, Izwan Mahbud di minit kesembilan.


Gawang negara hampir dibocori pada minit ke-24 namun mujurlah pemain tengah, Safiq yang berada di garisan pintu gol berjaya mengeluarkan bola tandukan Safuwan Baharudin.

Melihat Shahurain gagal berfungsi dengan baik di bahagian sayap kanan, Rajagobal memasukkan penyerang Pahang, Azamuddin di minit ke-35. Azamuddin tidak menunggu lama untuk melakukan impak apabila dia membuka tirai jaringan selepas Norshahrul Idlan Talaha bijak membuat 'dummy' bola lorongan Safee pada minit ke-43.


Tertekan selepas ketinggalan 0-1, Avramovic memasukkan tonggak naturalisasi mereka, Fahrudin Mustafic, Shi Jiayi, Qui Li dan Daniel Bennett dalam usaha mencari gol penyamaan.


Namun Malaysia menggandakan jaringan selepas sepakan percuma menarik kapten, Safiq pada minit ke-60 dari luar kotak penalti hanya mampu dilihat Izwan.


Biarpun Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti Qiu Li, namun tindakan pengadil, Ng Kai Lam menghadiahkan sepakan percuma dalam kotak penalti selepas itu membolehkan Shahdan menyumbat gol bagi merapatkan kedudukan 1-2 pada minit ke-87.


Asakan bertubi-tubi Singapura membuahkan hasil apabila sepakan percuma disempurnakan Qiu Li yang melepaskan rembatan deras ke penjuru gawang negara untuk mengikat kedudukan 2-2 pada masa kecederaan.


Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan sekali lagi di Stadium Shah Alam, 12 Jun ini.

Arrow metro
Back to top
View user's profile Send private message
kataklompat
Moderator
Moderator


Joined: Apr 30, 2009
Posts: 9326
Location: www.selangorfc.com

PostPosted: Mon Jun 11, 2012 4:44 pm    Post subject: Reply with quote

harap boleh menang dengan singapura esok.........
Back to top
View user's profile Send private message
kongkiak
Usahawan Muda
Usahawan Muda


Joined: Apr 08, 2010
Posts: 2540
Location: di dalam pemikiran anda

PostPosted: Mon Jun 11, 2012 11:48 pm    Post subject: Reply with quote

Pengadil bantu Singapura?

Oleh FERZALFIE FAUZI
[email protected]

Safiq Rahim menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi sepakan bebas pada minit ke-59 pada aksi persahabatan menentang Singapura, semalam.
KUALA LUMPUR - Harimau Malaya terpaksa seri 2-2 menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Tambak 2012 dan gagal membalas dendam kekalahan 3-5 pada kelayakan Piala Dunia 2014 tahun lepas.

Bagaimanapun bukan aksi longlai yang dipersoalkan tetapi keputusan pengadil perlawanan, Ng Kai Lam dari Hong Kong pada 10 lima minit terakhir perlawanan mencetus tanda tanya.

Ia bermula dengan pemberian penalti, diikuti kad kuning kepada Aidil Zafuan Abd. Radzak dan sepakan percuma di dalam kotak penalti Malaysia.

Selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Md. Akil (minit 42) dan sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim (minit 59) skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal dikejutkan dengan pemberian penalti kepada Singapura pada minit ke-83 apabila Kai Lam mendakwa penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mengasari Khairul Nizam.

Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Qiu Li.

Namun tidak disangka Kai Lam memberikan sepakan percuma di dalam petak penalti kepada Singapura kerana mendakwa Aidil menyebut perkataan yes dan turut melayangkan kad kuning kepada pemain (ATM) itu.

Sepakan percuma di dalam petak penalti dimanfaatkan sebaik mungkin dan berjaya disempurnakan Shahdan Sulaiman, sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan deras dari luar petak penalti pada masa kecederaan.

Menurut Rajagobal, lima minit terakhir perlawanan mengubah segala-galanya.

"Saya melihat dari jauh ia bukanlah situasi yang sepatutnya memberikan sepakan penalti, tiba-tiba mendapat sepakan percuma pula dalam petak penalti tetapi memang kita datang di sini adalah untuk bermain dengan baik," katanya.

Arrow utusan
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    http://www.selatanonline.net Forum Index -> Sukan, Hobi & Kelab Selatanonline All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2, 3, 4, 5  Next
Page 1 of 5

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
phpNuke Theme design by SelatanOnline.net